top of page

START YOUR ORDER

OR

  • cleverus

Daftar Vaksin Sekarang dan Dapatkan Promosi Piza Dengan Kempen Vaksin Domino’s Pizza Malaysia!

Updated: Sep 10, 2021

26 Februari 2021 merupakan detik bersejarah, di mana Malaysia telah melancarkan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) untuk membendung penularan pandemik Covid-19. Sejak itu, program vaksinasi terbesar di negara kita ini telah diterima baik oleh rakyat Malaysia. Di Domino’s Pizza Malaysia, kami percaya bahawa program vaksin Malaysia merupakan satu usaha positif supaya kita dapat kembali hidup secara normal, walaupun tidak sepenuhnya.


Sejajar dengan usaha ini, Domino’s Malaysia kekal komited untuk memastikan kesejahteraan anda serta orang yang anda sayangi. Oleh itu, Domino’s Pizza telah melancarkan inisiatif baharu sebagai galakan agar lebih ramai rakyat Malaysia membuat pendaftaran vaksin dan mendapatkan imuniti kelompok. Dengan promosi vaksin ini, anda boleh melindungi diri anda dan orang di sekeliling sambil menikmati promosi piza Domino’s.


Tawaran Hebat Dengan Promosi Piza Domino’s

Dalam usaha untuk menyokong program vaksinasi kebangsaan, Domino’s Malaysia menawarkan promosi piza di semua restoran Domino’s Pizza seluruh negara. Kempen Vaksin Domino’s Pizza Malaysia menawarkan diskaun hebat, khas buat pelanggan Domino’s yang telah membuat pendaftaran vaksin. Bermula dari 15 Julai hingga 19 September 2021, anda boleh dapatkan dua piza saiz sederhana dengan tawaran diskaun yang sangat menarik, iaitu hanya pada harga RM19. Dengan promosi piza ini, anda boleh menikmati piza kegemaran anda dan jimat sehingga RM44.80.


Syarat Kelayakan Untuk Promosi Vaksin Ini

Promosi vaksin oleh Domino’s Malaysia ini dibuka kepada semua rakyat Malaysia, sama ada telah mendaftar vaksin atau telah menerima sekurang-kurangnya vaksin dos pertama. Mana-mana rakyat Malaysia yang memenuhi kriteria ini layak untuk menikmati promosi piza Domino’s setiap hari, bermula dari 15 Julai sehingga 19 September 2021.

Ikuti Langkah Mudah Ini Untuk Dapatkan Tawaran Hebat Promosi Domino’s

Untuk mendapatkan promosi piza Domino’s ini, anda hanya perlu lakukan tiga langkah mudah:


1. Kunjungi mana-mana restoran Domino’s Pizza berdekatan anda.

2. Buka aplikasi MySejahtera dan tunjukkan Status Vaksinasi anda kepada staf kami.

3. Nikmati piza promosi vaksin anda.


Penting untuk diingatkan bahawa Kempen Vaksin Domino’s Pizza Malaysia ini hanya sah dengan mengunjungi mana-mana restoran Domino’s Pizza sahaja. Sebarang pesanan melalui platform dalam talian adalah tidak layak untuk promosi piza ini. Untuk mendapatkan piza promosi vaksin ini, anda perlu tunjukkan MySejahtera daftar vaksin atau Status Vaksin anda kepada staf kami di kedai. Jika anda telah mendapat vaksin dos pertama atau telah lengkap dua dos vaksin, anda juga boleh tunjukkan kad vaksinasi anda.


Daftr Vaksin, Ambil Vaksin dan Nikmati Promosi Domino’s Hari Ini!

Bak kata pepatah, kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Demi membebaskan negara kita dari wabak Covid-19, program vaksin Malaysia merupakan usaha yang memerlukan sokongan dan penyertaan dari semua pihak.


Untuk mendorong lebih ramai rakyat Malaysia membuat pendaftaran vaksin dan meningkatkan imuniti negara, promosi Domino’s yang ditawarkan adalah sebahagian daripada Kempen Vaksin Domino’s Pizza Malaysia. Selain dari dua piza sederhana dengan harga diskaun yang hebat, ada juga tawaran sampingan menanti anda yang sekurang-kurangnya telah mendaftar vaksin atau telah mendapat vaksin dos pertama.


Promosi vaksin ini bukan sahaja sebagai penghargaan kepada anda dalam usaha untuk mendapatkan vaksinasi, tetapi juga untuk membantu anda melindungi diri sendiri serta orang yang tersayang.


Jadi, tunggu apa lagi? Daftar vaksin secara online hari ini dan kunjungi kedai Domino’s Pizza berdekatan anda untuk nikmati pelbagai tawaran hebat!

7,057 views0 comments

Recent Posts

See All
bottom of page