- cleverus
Semua Orang Berpeluang Untuk Menang Dengan Peraduan Domino’s Senang Menang, Dengan Kerjasama Etika
Bagi kebanyakan rakyat Malaysia, terperap di rumah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semasa pandemik ini memang perkara yang sukar dan membosankan. Anda bangun setiap pagi – menghadap dinding yang sama, menjalani rutin harian yang sama dan tidur semula. Kemudian, anda bangun dari tidur dan hanya mengulangi rutin yang sama seperti hari sebelumnya. Tidak dapat disangkal lagi, gaya hidup ini sangat menjemukan. Sekarang tidak lagi, ada berita baik untuk anda si penggemar piza.
Kini, Domino’s Pizza Malaysia telah melancarkan peraduan Domino’s Senang Menang. Anda berpeluang untuk memenangi wang tunai dan hadiah, hanya dari rumah! Peraduan Domino’s Pizza Malaysia 2021 yang terbaru ini merupakan kerjasama dengan Etika Sdn. Bhd., rakan kongsi minuman Domino’s. Ia menawarkan pelbagai hadiah percuma yang menarik serta wang tunai untuk dimenangi dengan mudah.
RM250,000 Wang Tunai dan Hadiah Untuk Dimenangi
Peraduan Domino’s Senang Menang ini sememangnya sangat senang dan mudah untuk menang. Semua rakyat Malaysia berpeluang untuk memenangi wang tunai dan hadiah yang menarik ketika waktu yang mencabar ini. Peraduan ini direka khas supaya semua orang berpeluang untuk memenangi hadiah dengan mudah.
Bermula dari 5 Julai hingga 5 September 2021, peraduan Senang Menang akan berlangsung selama 9 minggu. Sepanjang tempoh ini, semua peserta berpeluang untuk memenangi sebahagian daripada wang tunai dan hadiah percuma bernilai sehingga RM250,000.
Hadiah Utama Wang Tunai RM10,000 Untuk Dimenangi dengan Domino’s Senang Menang
Peraduan Domino’s Pizza Malaysia 2021 ini menawarkan peluang keemasan kepada semua peserta untuk memenangi hadiah wang tunai utama berjumlah RM10,000 di penghujung tempoh peraduan ini. Anda hanya perlu beli piza dan minuman kegemaran anda dari Domino’s untuk menyertai peraduan ini.
Pelbagai Hadiah Mingguan Menanti Anda
Bukan itu sahaja, peserta peraduan Domino’s Senang Menang juga berpeluang untuk memenangi pelbagai hadiah mingguan sepanjang tempoh peraduan 9 minggu ini. Selain daripada hadiah wang tunai utama berjumlah RM10,000, anda berpeluang untuk memenangi hadiah wang tunai berjumlah RM500 setiap minggu, serta ganjaran lain yang menarik seperti piza percuma saiz sederhana dan Pepsi 1.5L percuma.
Apa yang best dan menarik lagi, setiap penyertaan yang sah akan menerima ganjaran hidangan sampingan roti percuma yang boleh ditebus dengan perbelanjaan minimum RM20 atas pesanan anda yang seterusnya. Sangat-sangat berbaloi!
Nikmati Piza Kegemaran Anda dan Sertai Peraduan Yang Senang Untuk Menang Ini
Seperti yang dinyatakan, Domino’s Pizza Malaysia dan Etika ingin menyebarkan keriangan kepada rakyat Malaysia di masa yang mencabar ini agar semua orang berpeluang untuk memenangi wang tunai dan hadiah percuma dengan peraduan Senang Menang. Peraduan Domino’s Pizza Malaysia 2021 ini dibuka kepada semua pelanggan Domino’s Pizza Malaysia dengan pembelian minimum RM10 untuk mana-mana piza berserta minuman.
Ikuti Cara Mudah Ini untuk Memenangi Hadiah-hadiah Lumayan Sekarang!
Untuk menyertai peraduan ini, anda hanya perlu mengikuti 3 langkah mudah ini:
1. Beli piza dan minuman (kecuali Tealive) dengan perbelanjaan minimum berjumlah RM10 dari platform Domino’s Pizza Malaysia seperti laman web dan aplikasi telefon. Anda juga boleh membuat pesanan melalui hotline (1-300-888-333) atau kunjungi restoran Domino’s Pizza berdekatan anda.
2. Kemudian, isi maklumat pesanan anda seperti yang tertera di atas resit dan jawab satu soalan mudah di https://senangmenang.dominos.com.my/ untuk menyertai peraduan. Setiap penyertaan yang dihantar akan mendapat mata (points). Untuk makluman, pembelian melalui platform lain seperti GrabFood, FoodPanda, DeliverEat dan Shopee adalah tidak sah untuk menyertai peraduan ini.
3. Akhir sekali, kumpul lebih banyak mata untuk mendapat peluang yang lebih tinggi untuk menang.
Pemenang mingguan peraduan Domino’s Senang Menang akan dipilih berdasarkan mata tertinggi yang dikumpulkan pada setiap minggu. Manakala pemenang hadiah utama pula akan dipilih berdasarkan jumlah mata terkumpul yang diperolehi sepanjang tempoh peraduan berlangsung. Dengan kata mudah, lebih banyak anda menikmati piza Domino’s dan minuman kegemaran anda, lebih tinggi peluang anda untuk menang.
Sebenarnya, ada teknik untuk mendapatkan mata tambahan pada setiap pembelian anda. Jika anda beli mana-mana piza Domino’s perisa Top Secret Sauce Spicy Fling atau tambah keju di atas piza anda dalam satu resit, anda akan dapat dua kali ganda (2x) mata. Kalau anda nak dapat lebih banyak mata lagi, anda hanya perlu menggabungkan dua pesanan (piza perisa Top Secret Sauce Spicy Fling dan tambah keju di atas piza) ini dalam satu resit untuk mendapatkan mata sebanyak tiga kali ganda (3x)! Sangat senang untuk menang!
Peserta perlu ambil maklum bahawa setiap penyertaan yang sah untuk Peraduan Domino’s Senang Menang mestilah merangkumi sekurang-kurangnya satu minuman (kecuali Tealive) dalam setiap pembelian anda. Sila rujuk jadual di bawah untuk penjelasan yang lebih ringkas.
*Mata akan berbeza berdasarkan jumlah pembelian dalam resit
Beli, Kumpul dan Menang dengan Domino’s Senang Menang
Ramai yang beranggapan bahawa, susah untuk memenangi hadiah wang tunai atau hadiah percuma jika menyertai sebarang peraduan. Ternyata, peraduan Domino’s Pizza Malaysia 2021 ini membuktikan sebaliknya. Hanya dengan 3 langkah mudah, anda boleh menyertai peraduan Senang Menang dan menang pelbagai hadiah menarik serta wang tunai, tanpa bersusah payah. Memang sangat senang nak menang dengan Domino’s Senang Menang!
Pemenang mingguan akan diumumkan di laman web Senang Menang di https://senangmenang.dominos.com.my/.
Untuk mengetahui sama ada anda telah memenangi hadiah mingguan, anda boleh lihat pengumuman di laman web atau periksa e-mel anda untuk makluman. Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui lebih lanjut mengenai peraduan ini, sila rujuk bahagian FAQ untuk maklumat lanjut.
Jadi, tunggu apa lagi? Sertai peraduan Domino’s Senang Menang sekarang dan mula kumpulkan mata ganjaran hari ini! Anda pasti tidak mahu ketinggalan untuk mendapatkan hadiah-hadiah menarik yang ditawarkan