top of page

START YOUR ORDER

OR

  • cleverus

Domino’s Bulgogi Cheese-Baked Rice dan Pasta: Hidangan Korea Pedas Berkeju Baharu yang Menyelerakan

Updated: Sep 14, 2022


Jika anda seorang peminat drama dan lagu Korea atau pencinta budaya Korea, anda pasti tahu bahawa nasi adalah satu makanan ruji dalam masakan Korea. Selain daripada pelbagai hidangan sampingan, orang Korea juga menikmati hidangan mereka dengan nasi. Walaupun Domino’s Ssamjeang Pizza sudah cukup sebagai hidangan dan rasa Korea yang menyelerakan, apa salahnya melengkapkan lagi selera dengan nasi (atau pasta!) dalam sajian Korea anda? Mari katakan Annyeong Haseyo kepada Domino’s Bulgogi Cheese-Baked Rice dan Pasta!


Kini dengan kembalinya Piza Ssamjeang dan Ayam-Haseyo, rasa pedas menyelerakan tidak terhenti di situ! Memperkenalkan tambahan terbaharu nasi dan pasta bulgogi berkeju, Domino’s Bulgogi Cheese-Baked Rice dan Pasta sebagai tambahan kepada kenikmatan makanan pedas Korea anda!


Terdapat dua jenis hidangan Bulgogi Cheese-Baked untuk anda pilih iaitu nasi dan pasta. Makanan Korea terbaharu ini menggabungkan sentuhan pedas berkeju yang membuatkan anda mahu menikmatinya berulang kali! Dalam menikmati kehangatan Piza Ssamjeang yang menyelerakan, tingkatkan selera anda dengan hidangan Korea Bulgogi Cheese-Baked yang lazat!


Rasai Kenikmatan Baharu dengan Bulgogi Cheese-Baked Rice

Setiap kunyahan Piza Ssamjeang sememangnya menggugat selera – sekarang anda boleh menikmatinya dengan Domino’s Bulgogi Cheese-Baked Rice yang pedas dan lazat. Rasa keju mewah dan kepedasan yang lazat pasti akan memikat hati dan selera anda membuatkan anda inginkannya setiap masa! Jika anda menggemari nasi, keju, makanan pedas dan segala yang seangkatan dengannya, hidangan sampingan Korea yang dibakar sempurna ini sangat sesuai untuk anda!



Domino’s Bulgogi Cheese-Baked Rice ialah gabungan nasi yang dilimpahi sos bulgogi pedas, dipenuhi dengan ayam empuk, dan dibakar sempurna dalam keju mozarella yang padat. Hidangan sampingan nasi bulgogi Korea yang dibakar lazat ini ialah pilihan terbaik untuk melengkapkan promosi Domino’s Ssamjeang anda. Setiap suapan Domino’s Bulgogi Cheese-Baked Rice terasa seperti perayaan makanan Korea pedas yang membuatkan anda ingin menikmatinya lebih banyak lagi!


Gabungan Kelazatan rasa Timur dan Barat dalam Bulgogi Cheese-Baked Pasta yang Menyelerakan

Jika anda seorang yang tidak gemar dengan nasi, gabungan rasa keju dan kehangatan rasa pedas Domino’s Ssamjeang tidak terhenti di sini untuk anda kerana ia juga didatangkan dengan sentuhan Itali. Jika anda sukakan pasta dan mahu menikmati keenakan rasa pedas berkeju, jangan risau! Domino’s Bulgogi Cheese-Baked Pasta yang pedas berkeju ada di sini untuk anda! Nikmati segala yang anda suka – pasta, keju, kepedasan – semuanya hanya dalam satu hidangan sahaja! Ia pasti menarik selera anda dan membuatkan anda ingin menikmati keenakannya dengan lebih lagi!


Domino’s Bulgogi Cheese-Baked Pasta adalah gabungan sentuhan sempurna Timur dan Barat yang pastinya akan memikat selera anda. Rasa enak makanan Itali dipenuhi dengan pedas Korea istimewa pasti akan memenuhi keinginan selera anda untuk pasta dengan sensasi pedas. Temui taburan keju mozarella yang kaya dengan rasa lazat dan digabungkan dengan pasta kenyal yang dibakar dalam sos bulgogi pedas dan dipenuhi dengan ayam empuk. Setiap kunyahan Bulgogi Cheese-Baked Pasta Korea ini pasti membuatkan anda Jinjja Saranghae!


Hidangan Daebak Korea untuk Melengkapkan Promosi Domino’s Anda

Nikmati keseronokan pedas Domino’s Bulgogi Cheese-Baked sebagai hidangan sampingan Korea anda dengan pilihan nasi dan pasta bulgogi lazat!


Anda boleh dapatkan promosi Domino’s Cheese-Baked ini melalui penghantaran atau bawa pulang. Tawaran masa terhad ini boleh didapati di semua kedai Domino’s Pizza seluruh negara. Berikut merupakan cara mudah untuk anda membuat pesanan:

  • Kunjungi mana-mana kedai Domino’s Pizza berdekatan anda.

  • Buat pesanan atas talian di laman web rasmi atau aplikasi mudah alih Domino’s Pizza Malaysia.

  • Hubungi talian hotline Domino’s Pizza di 1300-888-333.


Bulgogi Cheese-Baked yang Pedas dan Sedap untuk Lengkapkan Hidangan Ssamjeang Korea Anda

Adakah anda sedang mencari hidangan sampingan yang sempurna untuk dinikmati bersama makanan pedas Korea anda? Meriahkan tawaran promosi Domino’s Ssamjeang anda dengan nasi dan pasta Bulgogi Cheese-Baked yang pedas dan lazat! Ini merupakan hidangan sampingan terbaik untuk dinikmati bersama keluarga, rakan dan orang tersayang dengan kelazatan rasa yang tidak dapat ditolak!


Domino’s Bulgogi Cheese-Baked Rice dan Pasta kini boleh didapati di semua kedai Domino’s Pizza di seluruh negara. Dapatkannya dengan hanya RM17.90 sebagai tambahan pesanan. Untuk pembelian, kunjungi kedai Domino’s Pizza atau pesan secara online di https://www.dominos.com.my/.


797 views0 comments
bottom of page