top of page

START YOUR ORDER

OR

  • cleverus

Pedas Ssampai Tiada Tandingan dengan Promosi Piza Ssamjeang oleh Domino’s Pizza!

Updated: Jul 21, 2022

Annyeong Haseyo kepada semua peminat Korea dan penggemar makanan pedas! Jika anda suka menonton drama Korea dan berminat dengan budaya Korea, pasti hati anda akan tertambat dengan masakan dan makanan tradisi mereka. Seperti yang anda tahu, hidangan Korea tidak lengkap tanpa pelbagai hidangan sampingan dan sos pencicah seperti sos pedas Ssamjeang. Namun, apa yang lebih baik dari gabungan pizza dan sos Ssamjeang yang pedas?


Selepas menyepi tanpa khabar selama dua tahun, kemunculan promosi piza yang ditunggu-tunggu ini akhirnya tiba! Dae-back atas permintaan hangat, Domino’s Ssamjeang Pizza kembali lagi. Kini promo piza yang pedas Ssampai tiada tandingan ini muncul dengan pilihan Ssamjeang Beef Bulgogi Pizza yang baharu dan lebih lazat. Setiap suapan dan gigitan piza padat dengan kepedasan luar kawalan!


Penuhi keinginan anda untuk menikmati tiga jenis piza Ssamjeang oleh Domino’s Pizza. Namun awas, walaupun pedas dan panas sampai perlu berkipas, anda pasti mahukan lagi! Bangkitkan selera anda dengan piza Ssamjeang Beef Bulgogi, Ssamjeang Chicken dan Ssamjeang Tuna yang lazat dan pedas luar kawalan. Variasi piza Ssamjeang ini pasti buat anda terangkat – hingga ke Korea! Bukan itu sahaja, promosi piza ini juga kembali lagi dengan Ayam-Haseyo!


Pedas Luar Kawalan dengan Ssamjeang Beef Bulgogi Pizza

Kemunculan semula Domino’s Ssamjeang Pizza yang dinanti-nantikan tidak akan lengkap tanpa bintang utama; Ssamjeang Beef Bulgogi Pizza merupakan kegemaran semua, dan telah menawan hati dan selera orang ramai sejak ia diperkenalkan. Perisa piza paling pedas dalam menu piza Ssamjeang ini padat dengan sos Ssamjeang yang lazat dan pedas tiada tandingan. Pastinya memuaskan keinginan anda untuk makanan pedas!


Ssamjeang Pizza yang terkenal ini kini kembali dengan rasa yang baharu dan lebih baik yang sememangnya akan membuatkan anda idamkan lebih kepedasan. Setiap potongan piza dipenuhi dengan hirisan daging tebal dan berjus yang diperap dengan sos bulgogi lazat, kemudian dibakar sempurna dengan sos Ssamjeang yang pedas berapi. Gabungan epik ini benar-benar akan membakar selera anda! Rasai dan nikmati kepedasan luar kawalan ini dengan Ssamjeang Beef Bulgogi Pizza.


Pedas Sampai Terangkat Dengan Ssamjeang Tuna atau Chicken Pizza

Selain dari Ssamjeang Beef Bulgogi Pizza, kami juga menyajikan piza pedas luar kawalan khas untuk penggemar ayam dan makanan laut. Piza Ssamjeang Chicken dan Ssamjeang Tuna disaluti dengan sos bawang berkrim dan digandingkan dengan sos Ssamjeang yang pedas berapi untuk rasa yang harmoni dan seimbang. Namun begitu, gabungan mantap ini datang dengan sensasi berapi!


Jika anda gemarkan ayam, piza ini untuk anda. Sama menawan seperti Oppa dan Jagiya anda, Domino’s Ssamjeang Chicken Pizza dipenuhi dengan ayam panggang yang lembut dan berjus. Tetapi hati-hati, jangan terus tertipu. Di bawah rasa keju yang enak dan sos bawang berkrim, piza ini dilimpahi dengan sos pedas Ssamjeang. Sememangnya padat dengan rasa pedas luar kawalan!


Bagi pencinta tuna, Ssamjeang Tuna Pizza akan membawa anda menyelami lautan kepedasan Korea yang lazat – pasti membuatkan anda mengidamkan lebih kepedasan! Dengan potongan tuna yang disaluti dengan sos pedas Ssamjeang oleh Domino’s Pizza, ia juga dipenuhi dengan sos bawang berkrim. Gabungan yang seimbang ini sangat sesuai untuk mereka yang tidak tahan terlampau pedas. Setiap gigitan penuh dengan tuna lazat dilengkapi dengan sos pedas Ssamjeang, pasti membuat anda terangkat!


Ayam-Haseyo Untuk Lengkapkan Promo Domino’s Pizza

Apa maknanya K-drama tanpa kepak ayam Korea? Sama juga seperti promosi Ssamjeang oleh Domino’s Pizza – tidak lengkap tanpa kepak ayam Korea yang pedas berapi! Ayam-Haseyo kini kembali untuk menyempurnakan lagi promosi piza Ssamjeang yang pedas sampai tiada tandingan.


Jika makanan pedas memberi kebahagiaan kepada anda, kepak ayam Domino’s Ayam-Haseyo yang digemari semua ini pasti akan membuatkan anda gembira. Kepak ayam yang empuk dan lazat, dibakar dengan sempurna dan disaluti dengan sos pedas Ssamjeang yang menyelerakan – anda pasti tidak akan katakan tidak padanya! Penggemar makanan pedas dan pencinta ayam pasti akan rasa puas dengan kelazatan Ayam-Haseyo yang pedas luar kawalan.


Promosi Ssamjeang Domino’s Pizza yang Daebak!

Rasai keseronokan dan kepedasan Domino’s Pizza dengan piza Ssamjeang dan kepak ayam yang pedas sampai tiada tandingan!


Nikmati set kombo Ssamjeang pada harga RM49.90 untuk 1 Piza Sederhana Ssamjeang Beef Bulgogi + 1 Piza Sederhana + 1 Garlic Cheese Onion Rings + 1 Botol Minuman Ringan

Anda boleh dapatkan promosi piza Ssamjeang ini dengan penghantaran percuma atau bawa pulang. Tawaran masa terhad ini boleh didapati di semua kedai Domino’s Pizza seluruh negara. Berikut merupakan cara mudah untuk anda membuat pesanan:

  1. Kunjungi mana-mana kedai Domino’s Pizza berdekatan anda.

  2. Buat pesanan atas talian di laman web rasmi atau aplikasi mudah alih Domino’s Pizza Malaysia.

  3. Hubungi talian hotline Domino’s Pizza di 1300-888-333.

Apabila membuat pesanan atas talian untuk Ssamjeang Pizza, anda boleh ikuti langkah mudah ini:

  1. Daftar atau log masuk ke https://www.dominos.com.my/.

  2. Pilih ‘Delivery’ atau ‘Takeaway’, dan pilih kedai Domino’s Pizza pilihan anda untuk bawa pulang.

  3. Klik tab ‘Promos and Coupons’ dan masukkan kod promo SSAMD3

Domino’s Pizza Ssamjeang yang Pedas Ssampai Tiada Tandingan

Peminat Korea dan penggemar makanan pedas, ayuh sambut sahutan ini! Jangan lepaskan peluang untuk menikmati Domino’s Ssamjeang Pizza. Ia adalah hidangan yang sesuai untuk dinikmati bersama keluarga, rakan dan orang tersayang – dan lihat siapa yang paling tahan pedas!

Domino’s Ssamjeang Beef Bulgogi Pizza, Ssamjeang Chicken Pizza, Ssamjeang Tuna Pizza dan Ayam-Haseyo kini boleh didapati di semua kedai Domino’s Pizza seluruh negara. Nikmati lebih banyak penjimatan dengan promosi piza Beli 1 Percuma 2 dengan penghantaran PERCUMA atau bawa pulang dengan diskaun minimum 50% untuk semua saiz piza! Untuk pembelian, kunjungi kedai Domino’s Pizza atau pesan secara online di https://www.dominos.com.my/.


178 views0 comments

Recent Posts

See All
bottom of page