- cleverus
Promosi Domino’s Pizza: Dapatkan Minuman Tealive Istimewa Hanya di Domino’s!
Piza merupakan hidangan yang boleh dinikmati pada bila-bila masa, sama ada untuk makan tengah hari, makan malam atau saat meluangkan masa bersama keluarga dan rakan-rakan. Di Domino’s Pizza, kami berbesar hati dapat menjadi sebahagian daripada kenangan indah anda dengan pelbagai promosi Domino’s Pizza. Selain dari memilih perisa piza kegemaran anda, menikmatinya dengan minuman yang sesuai juga adalah penting. Malahan, pilihan minuman yang sesuai boleh menjadikan rasa piza lebih lazat.
Selalunya, menjadi kebiasaan untuk menikmati piza kegemaran anda bersama minuman berkarbonat untuk mengimbangi rasa keju piza. Jika anda bukan penggemar minuman berkarbonat, jangan risau – kami ada minuman istimewa untuk anda. Kini, anda boleh dapatkan minuman teh susu dan coklat bersama-sama dengan piza kegemaran anda di restoran Domino’s Pizza yang terpilih!
Bagi penggemar minuman teh susu dan koko, inilah masanya untuk anda menggandingkan makanan dan minuman kegemaran anda sekali gus!

Detik Istimewa Dengan Minuman Tealive Dibuat Khas Untuk Domino’s Pizza
Mengapa anda perlu memilih satu jika anda boleh dapat kedua-duanya sekali? Dalam hal ini, anda boleh menikmati keenakan Domino’s Pizza dan minuman Tealive pada masa yang sama! Kemanisan minuman teh susu atau koko sempurna dipadankan dengan piza yang berkeju. Ia pastinya akan menghasilkan ledakan rasa yang luar biasa.
Apa yang lebih menarik, minuman ini dibuat secara eksklusif untuk Domino’s Pizza berdasarkan cita rasa pelanggan mengenai perisa minuman popular. Selain itu, penyesuaian juga dilakukan bagi memastikan kemanisan yang sesuai. Minuman berperisa Signature Milk Tea dengan Grass Jelly dan Superior Coco dengan Pudding muncul sebagai kegemaran semua. 88% daripada pelanggan Domino’s Pizza telah mencuba minuman ini dan sangat menyukainya.
Minuman ini disediakan khas oleh Tealive bagi memenuhi selera pelanggan kami. Minuman Tealive disimpan sejuk tanpa ais bagi memastikan rasa teh susu dan koko yang lebih berperisa – sangat sesuai digandingkan dengan piza berkeju Domino’s Pizza.
Minuman Sedap di Domino’s Pizza Dengan Promosi Tealive
Untuk menikmati minuman manis yang sempurna bagi melengkapkan hidangan piza berkeju, anda boleh mendapatkan promosi Tealive di Domino’s Pizza. Rasai keenakan minuman berperisa Signature Milk Tea dengan Grass Jelly dan Superior Coco dengan Pudding di samping menikmati kelazatan piza melalui promosi Domino’s Pizza. Dapatkan piza kegemaran anda dan nikmati tawaran tambahan istimewa untuk 2 cawan minuman Tealive hanya pada harga RM12!
Jika dibandingkan dengan harga biasa iaitu secawan RM9.90, promo Tealive di Domino’s Pizza ini membolehkan anda jimat sehingga 62% apabila membeli piza kegemaran anda dengan minuman Tealive. Ini adalah peluang terbaik untuk anda menggabungkan hidangan piza dengan promosi Tealive hanya pada harga RM6 secawan untuk 2 cawan minuman Tealive. Tawaran ini juga sangat sesuai untuk dikongsi bersama keluarga dan rakan-rakan.
Ikuti Langkah Mudah Ini Untuk Dapatkan Promosi Tealive di Domino’s Pizza
Harga promosi Tealive ini hanya untuk masa yang terhad, dan boleh didapati di 56 restoran Domino’s Pizza yang terpilih di seluruh negara. Untuk mendapatkan tawaran istimewa ini, anda boleh ikuti 5 langkah mudah di restoran Domino’s Pizza yang terpilih berdekatan anda:
Kunjungi restoran Domino’s Pizza terpilih dan buat pesanan di kaunter.
Membuat pesanan bawa pulang atas talian di laman web rasmi atau aplikasi mudah alih Domino’s Pizza Malaysia. Sila pilih ‘Take Away / Carryout’ dan kemudian pilih pengambilan piza melalui perkhidmatan Pandu Ambil atau Potong Q untuk pengambilan piza yang lebih mudah.
Membuat pesanan untuk penghantaran* secara atas talian di laman web rasmi atau aplikasi mudah alih Domino’s Pizza Malaysia untuk penghantaran percuma.
Hubungi talian hotline Domino’s Pizza di 1300-888-333 untuk pesanan penghantaran* atau bawa pulang.
Pesanan melalui Grabfood atau Foodpanda untuk penghantaran* atau bawa pulang.
*Untuk tawaran terpilih sahaja
Promosi Tealive untuk minuman di Domino’s Pizza ini boleh didapati di kedai yang terpilih di seluruh negara. Bermula dari 9 November hingga 31 Disember 2021, anda boleh menikmati promosi Domino’s Pizza dan minuman Tealive yang menyelerakan pada harga diskaun dengan set kombo berikut:
Beli 1 Percuma 2 pada harga RM31.90 – Geng (Beli 1 Piza, Percuma 1 Piza Sederhana + 1 Hidangan Roti)
Beli 1 Percuma 2 pada harga RM31.90 – Aku & Dia (Beli 1 Piza, Percuma 1 Cheesy Stix Terpilih + 6” Banana Kaya)
Beli 1 Percuma 2 pada harga RM31.90 – Me, Myself & I (Beli 1 Piza, Percuma 1 Hidangan Ayam Terpilih + 1 Pencuci Mulut)
Lengkapkan Hidangan Domino’s Pizza Anda Dengan Promosi Tealive
Kini, anda boleh dapatkan minuman teh susu dan coklat pada harga tawaran istimewa. Nikmati promo Tealive yang lazat dengan 2 perisa untuk anda pilih – Signature Milk Tea dengan Grass Jelly dan Superior Coco dengan Pudding – hanya di Domino’s Pizza!
Untuk pesanan bawa pulang di kaunter dan atas talian, anda boleh dapatkan promosi Tealive 2 cawan hanya pada harga RM12 dengan pembelian Beli 1 Percuma 2 pada harga RM31.90. Untuk pesanan penghantaran atas talian, dapatkan tawaran Beli 1 Percuma 2 (Geng, Aku & Dia, dan Me, Myself & I) untuk menikmati tawaran tambahan khas 2 cawan Tealive pada harga RM12. Harga istimewa promo Tealive ini hanya boleh didapati sehingga 31 Disember 2021.
Jadi, tunggu apa lagi? Kunjungi restoran terpilih Domino’s Pizza berdekatan anda untuk menikmati piza kegemaran anda dengan minuman Tealive yang lazat hari ini!
Untuk pembelian tawaran tambahan istimewa 2 cawan Tealive pada harga RM12, kunjungi restoran Domino’s Pizza terpilih, pesan atas talian di https://www.dominos.com.my/, atau hubungi talian hotline Domino’s Pizza di 1300-888-333 untuk pesanan penghantaran atau bawa pulang.
Restoran Domino’s Pizza Terpilih
Lembah Klang
Seksyen 14, Petaling Jaya
Dataran Ara Damansara
Bandar Baru Klang
Banting
Damansara Jaya
Kota Damansara
Kota Warisan
Mutiara Subang
Sunway Metro
Putra Heights
Port Klang
Riana Green
Shah Alam, Seksyen 9
Selayang Jaya
SS15, Subang Jaya
Taman Seri Manja
TTDI Grove, Kajang
Aman Puri
Ampang Water Front
Brickfields
Bangsar
Dataran Jelatek
Desa Petaling
Putrajaya Presint 8
Plaza Crystalville
Pantai Hillpark
Pandan Jaya
Titiwangsa
Wangsa Maju
Sri Rampai
Utara
Gunung Rapat Ipoh, Perak
Medan Silibin Ipoh, Perak
Station 18 Ipoh, Perak
Tapah, Perak
Teluk Intan, Perak
Bayu Mutiara, Penang
Green Lane, Penang
Jalan Perak, Penang
Simpang Ampat, Penang
Sunway Prima, Penang
Kangar, Perlis
Pantai Timur
Indera Mahkota, Pahang
Kota Bharu, Kelantan
Selatan
Batu Pahat, Johor
Dataran Larkin, Johor
Gelang Patah, Johor
Johor Jaya
Kluang, Johor
Kota Tinggi, Johor
Taman Melodies, Johor
Muar, Johor
Nusa Bestari, Johor
Nusa Idaman, Johor
Permas Jaya, Johor
Pontian, Johor
Segamat, Johor