- cleverus
Domino’s Pizza #SamaSamaJaga: Lebih Banyak Ganjaran untuk Vaksinasi Remaja!
Hampir dua tahun telah berlalu sejak pandemik Covid-19 melanda seluruh dunia. Sejak Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) dilancarkan, hampir 98% populasi dewasa telah menerima vaksin. Kini, pemberian vaksin disasarkan kepada populasi remaja. Remaja berusia 12 – 17 tahun digalakkan untuk mendaftar dan mendapatkan vaksin secepat mungkin bagi memastikan mereka sentiasa dilindungi.
Bersempena dengan program vaksinasi remaja, Domino’s Pizza juga berbesar hati untuk melanjutkan kempen #SamaSamaJaga kepada remaja. Kini, dengan lebih banyak ganjaran untuk remaja yang telah mendaftar vaksin atau telah menerima vaksin.

Sebarkan Positiviti dan Kesedaran dengan Domino’s Promo Vaksin
Seiring dengan keseronokan dan kegembiraan bagi pembukaan semula Malaysia, program vaksinasi kebangsaan kini diperluaskan, merangkumi golongan remaja. Fokus kini dialihkan kepada remaja, kerana kes Covid-19 dan kematian melibatkan kumpulan umur ini telah naik secara mendadak. Sehingga pertengahan Oktober, 20% dari populasi remaja telah divaksin sepenuhnya. Kerajaan Malaysia menganggarkan 80% remaja akan mendapat imunisasi sepenuhnya sebelum sesi persekolahan 2022 dibuka secara fizikal.
Di samping menyesuaikan cara hidup semasa pandemik, Domino’s Pizza kekal komited menyebarkan kasih sayang, positiviti dan kesedaran dengan menawarkan lebih banyak tawaran yang menarik. Sebagai tanda sokongan penuh pada program vaksinasi remaja, Domino’s melanjutkan promosi piza #SamaSamaJaga, khas untuk remaja yang telah mendaftar untuk vaksinasi serta mereka yang telah menerima vaksin.
Di Domino’s Pizza Malaysia, kami yakin kempen ini adalah usaha terbaik bagi mendorong lebih ramai remaja Malaysia agar mendaftar untuk vaksinasi dan bersedia untuk sekolah kembali dibuka. Selain itu, ibu bapa juga boleh menikmati promo piza dengan menggalakkan anak-anak remaja mereka untuk mendapatkan vaksin. Oleh itu, semua orang dapat menikmati promosi Domino’s Pizza vaksinasi remaja #SamaSamaJaga dengan lebih banyak ganjaran!
Ada Apa Dengan Promosi Domino’s Pizza Untuk Vaksinasi Remaja
Dengan menyertai usaha untuk meningkatkan program vaksinasi kebangsaan untuk remaja, Domino’s Pizza kini menawarkan promosi piza yang hebat khas untuk remaja yang berdaftar dan mendapatkan vaksin. Sebahagian dari #SamaSamaJaga Domino’s promo vaksin, anda kini boleh menikmati 2 pizza BESAR hanya dengan harga RM29! Jika dibandingkan dengan harga biasa, promo piza ini membolehkan anda jimat sehingga 66% (jimat RM56.80) apabila membeli piza kegemaran anda.
Promosi Domino’s Pizza vaksinasi remaja ini terbuka kepada semua remaja Malaysia berumur 12 – 17 tahun yang telah mendaftar untuk vaksinasi, menerima sekurang-kurang satu dos atau telah divaksin sepenuhnya. Setiap remaja di Malaysia yang memenuhi kriteria ini layak untuk menikmati promo piza 2 piza BESAR pada harga RM29 setiap hari di mana-mana restoran Domino’s Pizza.
Ikuti Langkah Mudah Ini Untuk Dapatkan Tawaran Hebat Promosi Domino’s
Anda boleh dapatkan promosi Domino’s dengan membuat pesanan bawa pulang di mana-mana restoran Domino’s Pizza di seluruh negara, hanya untuk masa yang terhad. Untuk mendapatkan Domino’s promo vaksin #SamaSamaJaga vaksinasi remaja, anda boleh ikuti 3 langkah mudah ini di restoran Domino’s Pizza berdekatan anda:
Kunjungi mana-mana restoran Domino’s Pizza dan buat pesanan di kaunter
Hubungi talian hotline Domino’s Pizza di 1300-888-333 dan buat pesanan bawa pulang
Membuat pesanan atas talian di laman web rasmi atau aplikasi mudah alih Domino’s Pizza Malaysia. Sila pilih ‘Take Away / Carryout’ dan kemudian pilih pengambilan piza melalui perkhidmatan Pandu Ambil atau Potong Q untuk pengambilan piza yang lebih mudah.
Tawaran piza yang hebat ini sah untuk pembelian bawa pulang sahaja. Nikmati promosi Domino’s Pizza yang lazat pada harga diskaun dengan hanya beberapa langkah mudah seperti berikut:
Kunjungi Restoran Domino’s Pizza
Kunjungi mana-mana restoran Domino’s Pizza berdekatan anda.
Tunjukkan pendaftaran atau status vaksinasi remaja dalam aplikasi MySejahtera kepada staf kami.
Nikmati piza promosi vaksinasi remaja.
Hubungi Talian Hotline Domino’s Pizza
Hubungi talian hotline Domino’s Pizza di 1300-888-333.
Sahkan pendaftaran atau status vaksinasi remaja melalui telefon.
Tunjukkan pendaftaran atau status vaksinasi remaja dalam aplikasi MySejahtera kepada staf Domino’s semasa pengambilan pesanan piza.
Nikmati piza promosi vaksinasi remaja.
Membuat Pesanan atas Talian di Laman Web atau Aplikasi </H3
Daftar dan log masuk ke https://www.dominos.com.my/
Tekan ‘Takeaway/Carryout’ dan pilih restoran Domino’s Pizza berdekatan anda untuk pengambilan piza.
Tekan di tab ‘Promos & Coupons’ dan masukkan kod kupon piza TEENVAX
Tunjukkan pendaftaran atau status vaksinasi remaja dalam aplikasi MySejahtera kepada staf Domino’s semasa pengambilan pesanan piza.
Nikmati piza promosi vaksinasi remaja.
Lebih Banyak untuk Dinikmati dengan Domino’s Pizza #SamaSamaJaga
Dengan pencapaian memberangsangkan program vaksinasi Malaysia, kita semua bersedia untuk mencapai imuniti kelompok. Bukan sahaja dalam kalangan dewasa, kita juga mesti melindungi anak-anak kita. Untuk menggalakkan lebih ramai remaja mendaftar untuk program vaksinasi remaja dan meningkatkan imuniti rakyat Malaysia, Domino’s Pizza menawarkan promo vaksin dengan tawaran piza yang hebat. Domino’s promo vaksin #SamaSamaJaga menawarkan 2 piza BESAR hanya dengan harga RM29 (jimat RM56.80) kepada remaja yang telah mendaftar untuk vaksinasi atau telah menerima dos vaksin.
Jadi, tunggu apa lagi? Daftarkan anak remaja anda untuk vaksin Covid-19 hari ini dan pesan piza Domino’s kegemaran anda untuk menikmati promosi piza yang luar biasa!
Promosi piza #SamaSamaJaga kini boleh didapati di semua restoran Domino’s Pizza di seluruh negara untuk masa terhad. Nikmati 2 piza BESAR pada harga RM29 dan jimat sehingga 66%. Untuk pembelian, kunjungi restoran Domino’s, hubungi talian hotline Domino’s Pizza di 1300-888-333 atau pesan secara online di https://www.dominos.com.my/