top of page

START YOUR ORDER

OR

  • cleverus

Sambutan Hari Raya Aidilfitri di Rumah Bersama Domino’s Pizza

Setelah sebulan berpuasa, akhirnya Syawal menjelma! Hari Raya Aidilfitri adalah saat untuk bermaafan, mengeratkan hubungan kekeluargaan dan silaturrahim sesama insan. Ia merupakan hari kemenangan buat umat Islam setelah berjaya mengharungi ibadah puasa di bulan Ramadhan. Sudah tentu, sambutan Hari Raya yang meriah pasti dinanti-nantikan oleh semua.


Dalam usaha untuk memulihkan negara daripada wabak Covid-19, Hari Raya Aidilfitri 2021 akan disambut dengan suasana yang sedikit berbeza. Seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, seluruh negara akan menjalani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dari 12 Mei hingga 7 Jun. Walaupun balik kampung dan rumah terbuka pada Hari Raya tidak dibenarkan, anda masih boleh merasai kemeriahan Hari Raya PKP di rumah!


Tips Menyambut Hari Raya di Rumah

Walaupun sambutan Hari Raya pada tahun ini adalah berbeza berbanding tahun-tahun sebelumnya, tidak bermaksud ia tidak boleh disambut dengan meriah. Biarpun online mahupun offline, Hari Raya mesti diraikan dengan kegembiraan. Berikut merupakan beberapa tips untuk menyambut Hari Raya dengan meriah, meskipun hanya di rumah.


Bergaya Dengan Baju Raya

Berhujan atau berpanas, PKP atau tidak, memakai baju raya adalah satu kemestian. Tidak kisah lah baju kurung, baju Melayu atau apa fesyen sekalipun, pastikan anda bergaya dengan baju raya. Walaupun tidak dapat beraya ke mana-mana, tetapi anda boleh pakai baju raya untuk dapatkan semangat di pagi Hari Raya. Meskipun anda berjauhan dari orang tersayang, ia bukan alasan untuk anda tidak pakai baju raya yang matching dengan keluarga atau pasangan.


Nikmati Juadah Hari Raya

Inilah masa yang ditunggu-tunggu! Tiada apa yang lebih memberikan kemeriahan pada Hari Raya daripada menikmati juadah tradisional Raya seperti ketupat, rendang, lemang, sate dan bermacam jenis kuih raya. Hari Raya anda pasti tidak lengkap tanpa juadah-juadah yang lazat ini. Tak kisah samada anda tinggal bersama keluarga, pasangan atau bersendirian, santapan juadah Raya pasti akan memeriahkan suasana Hari Raya di rumah anda.


Jika anda tiada masa untuk memasak atau tidak gemar juadah tradisional, anda boleh sahaja memesan piza secara online. Piza pada Hari Raya? Boleh sahaja! Dengan Set Lebaran dari Domino’s Pizza, anda boleh menikmati keenakan piza Raya bersama orang tersayang.

Beraya Secara Maya

Salah satu hikmah daripada pandemik ini adalah kita semakin celik teknologi. Walaupun ziarah Raya dibenarkan pada Hari Raya pertama, ia hanya terhad untuk mereka yang menetap di daerah yang sama. Terima kasih pada teknologi, kini anda boleh mendekatkan yang jauh dengan video call. Tambahan lagi, Hari Raya adalah saat untuk mengeratkan ikatan kekeluargaan dan persahabatan. Meskipun anda terpisah daripada keluarga dan orang tersayang disebabkan oleh PKP, anda boleh berhubung secara online dengan mereka pada Hari Raya.


Sediakan Duit Raya

Satu perkara yang pasti ramai kanak-kanak (dan juga dewasa) nantikan setiap kali Hari Raya, ianya adalah duit raya dalam sampul raya! Disebabkan pertemuan keluarga tidak dibenarkan pada Raya kali ini, terdapat pelbagai cara kreatif untuk anda beri duit raya kepada ibu bapa, kanak-kanak serta adik-beradik yang lain. Beberapa bank telah menyediakan platform bagi memudahkan anda beri duit raya melalui transaksi online. Selain itu, anda juga boleh beri duit raya dengan mudah melalui e-wallet. Mungkin ini adalah masa terbaik untuk anda berikan duit raya kepada saudara atau rakan yang memerlukan, lebih-lebih lagi bagi mereka yang terkesan dengan pandemik ini.


Selain dari itu, ada juga boleh hantar juadah makanan kepada mereka yang tersayang. Melalui kempen Kasih & Piza oleh Domino’s Malaysia, anda boleh membuat kejutan kepada keluarga dengan menghantar set piza kepada mereka. Bukan itu sahaja, anda juga boleh kepilkan ucapan Hari Raya bersama kad ucapan eksklusif. Selain itu, anda juga boleh hantarkan pelbagai set piza Kasih & Piza ke mana-mana rumah kebajikan, rumah anak yatim atau rumah orang tua pilihan anda. Semoga amalan ini akan menceriakan hari mereka dan memberikan senyuman pada Hari Raya.


Nikmati Domino’s Pizza Bersama Keluarga dan Rakan

Sambutan Hari Raya di rumah bermaksud lebih masa bersama keluarga, atau rakan serumah. Disebabkan ziarah Hari Raya adalah terhad, anda tidak perlu bergegas untuk ke rumah saudara mara dan mempunyai lebih banyak masa untuk bersantai di rumah. Oleh kerana semua orang berada di rumah, apa kata anda pesan piza Raya yang lazat dari Domino’s Malaysia? Anda boleh nikmati kesedapan piza sambil menonton filem Melayu yang terkenal atau menonton Netflix!


Jika anda tidak tinggal bersama keluarga dan orang tersayang semasa Hari Raya, jangan risau. Anda boleh menghantar set piza Raya iaitu Set Lebaran dari Domino’s Pizza sebagai tanda ingatan kepada mereka yang tersayang.

Raikan Hari Raya dengan Selamat Bersama Set Lebaran dari Domino’s Malaysia

Raikan Hari Raya pada tahun ini dengan meriah bersama Domino’s Malaysia, dengan selamat dan selesa di rumah anda. Set Lebaran menawarkan menu piza yang lengkap dengan keenakan yang tidak dapat disangkal, pasti memenuhi keinginan anda. Domino’s Pizza sentiasa berusaha untuk menyediakan hidangan luar biasa dengan bahan-bahan segar dan berkualiti tinggi untuk anda nikmati bersama orang tersayang.


Set Lebaran kini boleh didapati di semua restoran Domino’s seluruh negara sehingga 31 Mei. Pelanggan boleh menikmati set ini pada harga RM84.90 untuk lapan orang dan jimat sehingga RM88.90. Untuk pembelian, kunjungi restoran Domino’s atau pesan secara online di https://www.dominos.com.my/.

557 views0 comments

Recent Posts

See All
bottom of page