top of page

START YOUR ORDER

OR

  • cleverus

Sos Top Secret Spicy Fling Semakin Susah Untuk Disimpan, Sekarang Sudah Jadi Pedas!



Tidak dapat digambarkan, ketagih, menarik: Ini hanyalah sekilas kata-kata yang diungkapkan oleh jutaan peminat-peminat piza yang telah mencuba piza Domino’s yang ditambah dengan Sos Top Secret, diperbuat dari krim pekat adunan keju dan bawang putih. Sos ini yang baru diperkenalkan dalam piza baru Top Secret Quattro mengandungi empat perisa popular dalam satu piza - Tuna Temptation, Vegie Fiesta, Classified Chicken dan Chicken Confidential, sos ini yang sedap dan bermisteri telah menjadi isu hangat yang dipertikaikan, hanya kerana anda mahukan lebih lagi sos ini dan sukar untuk menggambarkan betapa memikat hati, seperti mengalami pergelutan menyimpan rahsia yang hangat.


Domino’s Pizza kini menaikkan tahap lagi dengan memperkenalkan Spicy Fling untuk Sos Top Secret. Para penggemar makanan pedas akan berasa gembira kerana ‘rahsia’ ini telah menjadi lebih hangat!


Bolehkah Anda Menanggung Rahsia Sos Top Secret Spicy Fling?

Sos Top Secret Spicy Fling adalah variasi baru dibuat khas untuk peminat-peminat Domino’s Pizza di Malaysia yang menggemari rasa pedas pada piza, ayam dan roti. Dengan Sos Top Secret dan salutan cili pedas, bawang putih rangup dan parsli kering, anda mesti cuba juadah makan yang bersensasi ini untuk mencungkil rasa yang sebenarnya.

Piza Pedas Dengan Sensasi Yang Rangup Dan Ada ‘Kick’

Kepada mereka yang telah mencuba Piza Top Secret Quattro, ia telah membuktikan yang piza ini memberikan pengalaman yang amat luar biasa. Dengan Spicy Fling, versi Sos Top Secret yang ditambah dengan salutan cili pedas ini telah dilanjutkan secara eksklusif ke 4 rasa piza masing-masing iaitu Spicy Tuna Temptation, Spicy Vegie Fiesta, Spicy Classified Chicken dan Spicy Chicken Confidential. Kini anda boleh rasakan semua piza-piza ini dalam versi pedas yang pasti memikat hati.


Rasa ‘Kick’ Ayam Pedas Spicy Fling Yang Cukup Luar Biasa

Nikmati keenakan Ayam Spicy Fling untuk hidangan yang sungguh menyelerakan. Kerangupan Ayam Spicy Fling memberikan pengalaman ‘kick’ yang cukup menggegarkan, dengan salutan istimewa cili pedas pada tahap kepedasan yang semestinya memuaskan dan dinanti-nantikan oleh para penggemar. Hidangkannya dengan piza kegemaran anda untuk menyempurnakan juadah makan atau dimakan begitu sahaja untuk keseronokan pada bila-bila masa sahaja. Ayam Spicy Fling adalah pengalaman terulung yang perlu dirasai sekurang-kurangnya sekali untuk mencungkil rahsianya.


Spicy Fling Breadstix Dengan Salutan Cili Pedas

Breadstix yang lembut dan empuk kini didampingi rasa pedas, menambahkan lagi kepada juadah edisi citarasa pedas yang unik. Disamping tambahan Sos Top Secret, bawang putih rangup dan parsli kering, Spicy Fling Breadstix juga disaluti dengan cili pedas khasnya untuk penggemar roti yang mengidam rasa pedas yang eksklusif.

Sensasi Hangat Sebagai Rahsia Antara Kita

Bak kata pepatah Inggeris, “there are no secrets better kept than the secrets everybody guesses” menggambarkan apa yang paling kami idamkan. Sos Top Secret Spicy Fling kini sedia untuk ditempah dengan hanya beberapa klik atas telefon pintar anda. Silalah cungkil rahsia ramuan enak dan cuba luahkan apakah rasanya kepada sesiapa sahaja. Kami pasti anda akan sukar untuk memerihalkannya (atau tidak)?


Pesanlah sekarang melalui stor-stor Domino’s Pizza atau pesan secara online di https://www.dominos.com.my/pages/order/#!/order/coupons/new?code=LRAM&qty=1 .

1,817 views0 comments

Recent Posts

See All
bottom of page