top of page

START YOUR ORDER

OR

  • cleverus

Promosi MalaysiaKu di Domino's: Sambutan Hari Merdeka dan Hari Malaysia 2021 dengan Tawaran Hebat

“Merdeka! Merdeka! Merdeka!”


Negara kita telah melalui pelbagai peristiwa dan sejarah yang mengeratkan perpaduan dan persaudaraan rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa, agama dan latar belakang etnik.


Semangat perpaduan ini telah disemai dan dipupuk sejak zaman nenek moyang kita lagi. Kini, keharmonian ini lebih dirasai dan dihayati dengan sambutan Hari Merdeka dan Hari Malaysia setiap tahun.


Tahun ini juga tidak terkecuali. Walaupun tahun 2021 merupakan tahun yang mencabar kerana pandemik Covid-19, semangat kemerdekaan dan perpaduan di kalangan rakyat Malaysia kekal utuh dan kental. Demi menyemarakkan lagi jiwa kemerdekaan, Domino’s Pizza kini menawarkan promosi piza Domino’s MalaysiaKu khas buat pencinta piza. Di Domino’s Pizza, kami berazam untuk memastikan semua pelanggan dapat menyambut hari bersejarah ini dengan gilang gemilang walaupun hanya di rumah.


Untuk meraikan Hari Merdeka dan Hari Malaysia, anda dan orang tersayang boleh menikmati tawaran Domino’s beli 1 percuma 2 dengan promosi Domino’s MalaysiaKu.


Promosi Sempena Merdeka dengan Domino’s MalaysiaKu

Untuk sambutan Hari Merdeka pada tahun ini, anda boleh menikmati piza lazat serta hidangan sampingan yang menyelerakan dengan promosi Domino’s MalaysiaKu. Promosi Domino’s Pizza yang bermula dari 15 Ogos sehingga 17 September 2021 ini adalah bersempena dengan sambutan Hari Merdeka dan Hari Malaysia.

Dengan promosi merdeka ini, Domino’s Pizza menyemarakkan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia dengan tawaran piza beli 1 percuma 2. Anda boleh menikmati kombinasi 2 hidangan terpilih secara percuma apabila anda membeli piza Domino’s kegemaran anda.


Untuk promosi Domino’s beli 1 percuma 2 ini, anda boleh pilih dari 3 set kombinasi yang ditawarkan. Setiap set ini terdiri daripada hidangan yang telah ditetapkan. Anda boleh pilih salah satu daripada set berikut:


1. Satu piza bersaiz sederhana dan mana-mana hidangan roti

2. Cheesy Cheddar/Mozzarella Stix dan satu Banana Kaya bersaiz 6 inci

3. Satu Crazy Chicken Crunchies dan satu kek Chocolate Lava.


Jika anda ingin mendapatkan promosi ini, anda hanya perlu dapatkan satu piza bersaiz sederhana, besar atau ekstra besar dari mana-mana restoran Domino’s Pizza atau melalui pesanan dalam talian di laman web rasmi kami. Kemudian, anda boleh nikmati 2 item secara percuma dari set kombinasi yang disebutkan tadi. Sangat mudah, bukan? Tambahan lagi, anda boleh pilih dan beli mana-mana perisa piza kegemaran anda!


Untuk makluman, anda hanya boleh memilih satu kombinasi sahaja dalam setiap pembelian satu piza Domino’s bersaiz sederhana, besar atau ekstra piza. Selain itu, set kombinasi Crazy Chicken Crunchies dan kek Chocolate Lava hanya boleh didapati di Semenanjung Malaysia. Bagi pelanggan yang berada di Sabah dan Sarawak, anda boleh dapatkan promosi Domino’s beli 1 percuma 2 ini dengan memilih daripada 2 set kombinasi.


Meriahkan Lagi Sambutan Hari Kemerdekaan Tahun Ini Dengan Tawaran Tambahan dari Promosi Domino’s MalaysiaKu

Dengan setiap pembelian promosi Domino’s pizza beli 1 percuma 2, anda juga boleh dapatkan hidangan tambahan yang lazat pada harga menarik, iaitu serendah RM6.40. Hidangan tambahan ini adalah termasuk Domino’s Garlic Cheese Onion Rings, set Cheesy Four, hidangan sampingan roti, 2 mangkuk sup cendawan (hanya boleh didapati di restoran Domino’s Pizza yang terpilih sahaja), dan banyak lagi.


Apa yang lebih menarik ialah tiada had bilangan hidangan tambahan untuk setiap pembelian promosi Domino’s ini. Jadi, anda boleh pesan dan beli sebanyak mana hidangan tambahan yang anda inginkan!

Nikmati Tawaran Hebat dengan Promosi Terbaru Domino’s Beli 1 Percuma 2

Dengan begitu banyak tawaran menarik menanti anda serta keluarga, jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan promosi hebat Domino’s MalaysiaKu ini. Raikan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia pada tahun ini dengan piza yang lazat serta hidangan sampingan yang menyelerakan bersama orang tersayang. Marilah sama-sama kita kibarkan bendera Jalur Gemilang dengan bangga sebagai tanda perpaduan. Malaysiaku, tanah airku!


Promosi Domino’s MalaysiaKu beli 1 percuma 2 kini boleh didapati di semua restoran Domino’s seluruh negara serta di laman web rasmi kami. Untuk pembelian, kunjungi restoran Domino’s berdekatan anda atau pesan secara online di https://www.dominos.com.my/.

1,279 views0 comments

Recent Posts

See All
bottom of page