top of page

START YOUR ORDER

OR

  • cleverus

Misi Mencari Geng Baru – Penghantar Pizza Domino’s



Sedar tak sedar, sudah lebih setahun kita berada di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Sejak pandemik Covid-19 melanda negara kita, banyak perniagaan yang mengalami kerugian. Lebih membimbangkan lagi, ramai juga yang telah kehilangan pekerjaan. Namun begitu, ada berita baik untuk anda yang ingin mencari kerja mahupun berminat untuk menambah pendapatan sampingan. Kini, Domino’s Pizza Malaysia sedang mencari penghantar pizza untuk menjadi geng kami!


Jika anda terkesan dengan pandemik Covid-19, Domino’s Malaysia sedia membantu! Kami menawarkan peluang pekerjaan sebagai rider penghantar pizza di pelbagai cawangan restoran kami. Sejak awal PKP lagi, ramai yang terpaksa bekerja dari rumah dan lebih gemar untuk memesan makanan secara atas talian (online). Oleh itu, kami memerlukan lebih ramai rider penghantar pizza untuk menjadi sebahagian daripada kru kami bagi memenuhi tempahan pizza yang sangat tinggi.


Apa Yang Menarik Sebagai Penghantar Pizza Domino’s Malaysia?

Di Malaysia, wujud pelbagai platform yang memerlukan khidmat rider penghantar makanan. Namun begitu, anda hanya boleh menikmati keistimewaan ini dengan menjadi rider penghantar pizza Domino’s. Berikut merupakan kelebihan yang akan anda dapat:


· Ganjaran sehingga RM400 – RM 500 seminggu. Ini termasuk gaji dan insentif penghantaran

· Tak perlu bayar untuk beg penghantaran. Domino’s berikan secara percuma sahaja

· Tak perlu berbelanja untuk makan. Domino’s sediakan makanan untuk anda

· Risau mengenai keselamatan anda? Usah gusar, ada insurans perlindungan

· Ada cuti tahunan, MC pun dibayar

· Risau order tak ada? Gaji tetap jalan

· Tak perlu berpanas, hanya tunggu dan ambil pesanan di dalam restoran berhawa dingin


Sangat menarik, bukan? Anda hanya boleh rasai kelebihan ini dengan menjadi kru kami sebagai penghantar pizza.


Syarat Permohonan Penghantar Pizza Domino’s Malaysia

Mungkin anda adalah orang yang kami cari. Tapi sebelum itu, pastikan anda memenuhi syarat kelayakan berikut:


· Berumur 17 tahun dan ke atas

· Warganegara Malaysia

· Wajib mempunyai lesen motor (B atau B2)

· Mempunyai motosikal sendiri

· Boleh bekerja shift, hujung minggu dan cuti umum

· Boleh bertutur dalam Bahasa Melayu

· Seorang yang periang, murah dengan senyuman dan pembersih

· Bonus – mempunyai pengalaman dalam bidang F&B (kalau tak ada pun tak jadi hal)


Keselamatan Anda Terjamin Dengan Domino’s Malaysia

Jika anda risau akan keselamatan anda semasa penularan pandemik ini, Domino’s telah menetapkan garis panduan. Kami menyediakan sistem penghantaran tanpa sentuhan bagi menjamin keselamatan anda serta pelanggan. Tambahan lagi, sistem pembayaran tanpa tunai juga diamalkan untuk memastikan anda sentiasa selamat. Paling penting, anda akan diberikan pelindung muka untuk memastikan anda bebas daripada dijangkiti virus Covid-19 sepanjang waktu anda bekerja.


Jadi, apa anda tunggu lagi? Jangan lepaskan peluang keemasan ini dan jom sertai kru kami sekarang! Hantar permohonan anda sebagai penghantar pizza Domino’s Malaysia dengan segera di sini.


Untuk maklumat lanjut dan sebarang pertanyaan, sila hubungi pengrekrut kami di talian 017 515 0344. Anda juga boleh e-mel kami di _recruitment@dominos.com.my.

6,022 views3 comments

Recent Posts

See All
bottom of page