Dalam usaha untuk menyokong program vaksinasi kebangsaan dan menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia untuk mendaftar dan mendapatkan vaksin, Domino’s Pizza Malaysia telah melancarkan promosi piza dengan Kempen Vaksin Domino’s Pizza pada 15 Julai yang lalu. Sejak itu, ramai rakyat Malaysia telah menerima vaksin lengkap dua dos. Malahan, mereka juga dapat menikmati piza pada harga yang sangat menarik sepanjang kempen berlangsung.
Promosi Domino’s ini telah menghasilkan reaksi positif dan amat memberangsangkan. Kempen Vaksin Domino’s Pizza telah diterima baik oleh rakyat Malaysia, sehinggakan jumlah piza yang terjual adalah 93 kali ganda tinggi Menara Berkembar Petronas. Kami juga telah berpeluang untuk menyajikan piza kepada pelanggan seramai 19 kali ganda kapasiti Stadium Merdeka. Sokongan anda sangat kami hargai.
Kita Jaga Kita Dengan Kempen Domino’s Pizza #SamaSamaJaga
Sejajar dengan ini, kami ingin terus menyebarkan kasih sayang kami kepada semua rakyat Malaysia dengan memberikan tawaran yang lebih baik kerana kami mendengar anda. Oleh itu, Domino’s Pizza Malaysia dengan berbesar hati telah melancarkan Kempen #SamaSamaJaga – promosi Domino’s yang terbaru sebagai tanda sayang dan penghargaan kami buat pelanggan setia Domino’s Pizza.
Kami telah menerima reaksi positif dan mengambil maklum betapa anda menyukai tawaran piza vaksin Domino’s. Oleh kerana sambutan yang hangat semasa Kempen Vaksin berlangsung, Domino’s Malaysia kini menawarkan promosi yang lebih besar untuk mengirimkan cinta dan menyebarkan kasih sayang kepada semua rakyat Malaysia untuk menikmati piza dengan penjimatan yang tinggi.
Untuk kali ini, kempen Domino’s Pizza #SamaSamaJaga merupakan promosi istimewa buat pelanggan setia Domino’s dan juga semua orang sebagai tanda sayang kami kepada anda. Seperti nama kempen ini, kami di Domino’s Malaysia ingin turut serta saling menjaga rakyat Malaysia atas dasar semangat Kita Jaga Kita. Di saat yang sukar ini, kami memahami pasti ramai yang merasakan beban di bahu secara kewangan dan emosi. Diharapkan agar kempen #SamaSamaJaga ini dapat memberikan keselesaan kepada anda untuk menikmati piza tanpa berbelanja lebih.
Melalui promosi Domino’s Pizza terbaru ini, semua rakyat Malaysia kini boleh menikmati piza yang menyelerakan dengan harga yang berbaloi setiap kali anda bawa pulang piza. Tawaran piza dari Domino’s ini hanya boleh didapati dalam masa yang terhad – semestinya anda tidak mahu ketinggalan untuk membawa pulang promo piza dengan harga menarik ini.
Apa yang Ditawarkan oleh Domino’s Pizza dalam Kempen Ini?
Semasa kempen vaksinasi di Domino’s Pizza Malaysia, hasilnya positif di mana ramai rakyat Malaysia telah menikmati promosi dua piza bersaiz sederhana hanya dari RM19. Di atas sambutan hangat dan memberangsangkan, kami dengan sukacita menawarkan promosi piza yang lebih menarik kali ini. Apa yang lebih menarik lagi, promo piza ini juga menawarkan diskaun hebat dengan penjimatan sehingga 70% semasa membeli piza Domino’s kegemaran anda!
Sama seperti promosi vaksin Domino’s Pizza, kempen #SamaSamaJaga juga menawarkan dua piza bersaiz sederhana untuk anda nikmati hanya dari harga RM19. Selain dari itu, promosi kali ini menawarkan lebih banyak pilihan! Kini, anda boleh dapatkan dua piza Domino’s bersaiz besar pada harga RM39 dan dua piza ekstra besar hanya dari harga RM49. Sangat berbaloi, bukan?
Bagaikan menyelam sambil minum air, anda juga boleh dapatkan sajian hidangan tambahan yang lazat pada harga promosi. Anda boleh membuat pilihan sama ada satu Blueberry Cheesecake atau satu kek Chocolate Lava, dan padankan ia dengan satu Banana Kaya hanya pada harga RM19. Kombinasi ini melengkapkan lagi sajian piza anda dengan hidangan tambahan serta pencuci mulut. Pastinya anda tidak mahu ketinggalan untuk mendapatkan promosi Domino’s Pizza #SamaSamaJaga!
Langkah Mudah Untuk Nikmati Promosi Terbaru Domino’s Pizza
Anda boleh dapatkan promosi Domino’s #SamaSamaJaga dengan membuat pesanan piza bawa pulang di mana-mana restoran Domino’s Pizza di seluruh negara. Tawaran ini sah untuk semua perisa piza yang terdapat di menu. Anda hanya perlu pilih dua piza kegemaran anda untuk penjimatan sehingga 70% dengan setiap pembelian.
Kempen #SamaSamaJaga Domino’s Pizza Malaysia ini hanya sah untuk pesanan bawa pulang sahaja. Untuk mendapatkan piza promosi ini, anda boleh membuat pesanan melalui cara-cara berikut:
Kunjungi mana-mana restoran Domino’s Pizza berdekatan anda
Membuat pesanan atas talian di laman web rasmi atau aplikasi mudah alih Domino’s Pizza Malaysia. Sila pilih ‘Take Away’ semasa membuat pesanan secara atas talian.
Hubungi talian hotline Domino’s Pizza di 1800-888-333
Jika anda ingin membuat pesanan piza secara atas talian, ikuti langkah mudah ini untuk mendapatkan promo piza #SamaSamaJaga:
Daftar dan log masuk ke https://www.dominos.com.my
Pilih ‘Take Away/Carryout’ dan pilih restoran Domino’s Pizza berdekatan anda untuk pengambilan piza
Tekan di tab ‘Promos & Coupons’ dan masukkan kod kupon piza berikut untuk dapatkan piza pada harga promosi:
Bagi memastikan proses pengambilan piza anda lebih mudah dan cepat, anda boleh memilih untuk mengambil pesanan piza melalui perkhidmatan Pandu Ambil atau Potong-Q yang telah kami sediakan. Pantas, mudah dan menyenangkan.
Detik Indah Bersama yang Tersayang Dengan Kempen #SamaSamaJaga Domino’s Pizza
Detik indah perlu dikongsi bersama. Dengan promosi piza bawa pulang terbaru dari Domino’s Pizza, anda boleh berkongsi piza dengan orang tersayang dan meraikan masa bersama. Nikmati pelbagai tawaran menarik untuk memenuhi keinginan anda, di samping menjimatkan tanpa perlu berbelanja lebih.
Jadi, tunggu apa lagi? Segera kunjungi restoran Domino’s Pizza Malaysia berdekatan anda dan jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan piza kegemaran anda pada harga diskaun yang luar biasa!
Comments