Bermula dengan hanya sebuah kedai di USJ pada tahun 1997, Domino’s Pizza Malaysia kini telah berkembang hingga lebih dari 240 rangkaian di seluruh negara. Dengan 25 tahun pengalaman indah menghidangkan piza yang lazat dan enak di Malaysia, kami ingin menzahirkan rasa terima kasih atas sokongan dan kasih anda kerana mengizinkan kami untuk menceriakan anda. Ia merupakan tahun-tahun yang amat bermakna dan memberi inspirasi kepada kami untuk terus berkhidmat untuk anda.
Sempena sambutan ulang tahun Domino’s Pizza ke-25, kami ingin meraikan anda – segalanya untukmu. Satu keseronokan yang tidak dapat digambarkan apabila melihat senyuman terukir dan keceriaan yang terserlah di wajah anda sepanjang tahun-tahun ini berlalu. Sebagai tanda penghargaan kepada semua rakyat Malaysia, Domino’s Pizza berbesar hati untuk memberi 25,000 piza secara percuma sehingga hujung tahun 2022.
Promosi Domino’s Pizza Sebagai Tanda Penghargaan kepada Rakyat Malaysia
Masa berlalu dengan pantas, kami mengimbau kembali sokongan kuat dari pelanggan setia kami yang merupakan tunjang utama Domino’s Pizza. Ini semua kerana anda, segalanya tentang anda, segalanya untuk anda – rakyat Malaysia. Tiada kata yang dapat mengungkapkan rasa terima kasih dan penghargaan kami kepada anda. Selain dari memberikan kegembiraan kepada kami untuk terus berkhidmat, anda juga merupakan sumber inspirasi kami agar sentiasa kreatif dan inovatif dalam mencipta menu citarasa Malaysia.
25 tahun Domino’s Pizza merupakan perjalanan yang menakjubkan. Setinggi-tinggi penghargaan kepada anda kerana menjadi inspirasi kami dalam mencipta hidangan menu lazat yang menepati selera Malaysia. Anda telah mengilhamkan pelbagai tawaran menu Domino’s Pizza yang hanya boleh didapati di Malaysia. Sehingga kini, hidangan menu ini masih lagi digemari ramai.
Menu istimewa dan promosi piza yang telah diperkenalkan ini semuanya diinspirasikan oleh anda untuk kami cipta sensasi rasa Malaysia yang terbaik. Antara menu hidangan ikonik adalah seperti Spicy Sambal Pizza, Flaming Tuna Pizza, Banana Kaya Dessert (pencuci mulut unik yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia!), Fabulous Four, Mega Cheese Pizza dan Ssamjeang Pizza, serta pelbagai lagi menu hidangan unik. Sudah tiba masanya untuk Domino’s Pizza memberi kembali sebagai tanda penghargaan ikhlas dan terima kasih.
Cara Mudah untuk Dapatkan Promosi Piza Percuma Anda
Sebagai tanda penghargaan kami kepada anda kerana menjadi inspirasi kami sepanjang 25 tahun yang bermakna, Domino’s Pizza ingin memberikan 25,000 piza percuma. Bersiap sedia untuk dapatkan kod piza percuma pada setiap 25 hari bulan.
Berikut merupakan cara mudah untuk dapatkan promosi piza percuma ini:
Log masuk ke https://itsallaboutyou.dominos.com.my/ pada setiap 25 hari bulan sehingga Disember.
Masukkan alamat emel yang sah dan klik ‘submit’.
Anda akan menerima kod piza percuma anda di laman ini serta melalui emel.
Log masuk ke https://www.dominos.com.my/ atau aplikasi Domino’s Malaysia.
Klik di ‘Promos & Coupons’ tab dan masukkan kod piza percuma anda.
Nikmati piza percuma anda!
Untuk makluman, setiap alamat emel yang sah hanya boleh menebus 1 kod piza percuma pada setiap bulan. Jika semua kod pada bulan ini telah habis ditebus, anda akan menerima mesej untuk kembali pada 25 hari bulan pada bulan seterusnya. Untuk maklumat lanjut, sila layari https://itsallaboutyou.dominos.com.my/.
Raikan Kegembiraan Ulang Tahun ke-25 Domino’s Pizza Dengan 25,000 Piza Percuma
Dengan pelbagai pilihan menu piza yang lazat, anda pasti mempunyai piza Domino’s kegemaran anda sendiri. Jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk dapatkan piza percuma pada setiap 25 hari bulan!
Sempena ulang tahun ke-25 Domino’s Pizza Malaysia, anda kini boleh menikmati tawaran piza percuma setiap 25 hari bulan sehingga Disember 2022. Promosi piza ini boleh dinikmati untuk penghantaran dan bawa pulang. Untuk penebusan kod piza percuma, layari https://itsallaboutyou.dominos.com.my/ dan pesan secara online di https://www.dominos.com.my/.
Comments